Mula Belajar Python di Malaysia

2024-06-17
Translations: en

Python Kini Popular

Saya membaca di internet tentang mereka yang ingin menyertai kursus berkaitan Python dan sains data yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Kursus-kursus ini kebanyakannya percuma (dibiayai oleh pembayar cukai) tetapi mempunyai ruang terhad, dan sesetengahnya hanya terbuka untuk mereka di bawah umur 30 tahun.

Menambah kemahiran bukan hanya untuk golongan muda, dan mempelajari juga Python tidak semestinya memerlukan pelaburan kewangan yang besar. Sesiapa sahaja boleh mula sekarang.

Python adalah bahasa pegaturcara serbaguna yang digunakan dalam pelbagai bidang, daripada memperkuasakan internet dan membangunkan aplikasi AI hingga digunakan di angkasa lepas. Populariti dan kejayaannya disebabkan kerana Python adalah sumber terbuka dan percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Ini mempermudahkan Python digunakan dan ditambahbaikkan oleh orang ramai.

Belajar Python Secara Percuma

Saya mula belajar Python pada tahun 2002 (v1.5.2) tanpa mengeluarkan sesen pun, dan anda juga boleh berbuat demikian.

Terdapat banyak sumber dalam talian yang tersedia secara percuma untuk mula belajar Python. Mungkin agak memeningkan kepala untuk membacanya semua sekali, jadi saya akan mencadangkan beberapa yang dibina atas sebab lain bagi populariti Python: komunitinya.

Belajar Python Secara Mencuba

Saya mempunyai tugas yang ingin saya automasikan, seperti mengambil data dari laman web atau menghantar SMS dari komputer saya. Anda juga mungkin mempunyai projek yang ingin dilakukan. Luangkan beberapa minit untuk mempertimbangkannya, dan mula meneroka bagaimana anda boleh menyelesaikan tugas-tugas ini dengan Python. Mencuba adalah cara terpantas untuk belajar.

Berikut adalah beberapa bahan percuma yang mungkin berguna:

  • Learn To Program. For Free: Al Sweigart's Invent With Python Saya berjumpa dengan Al buat pertama kalinya di PyCon PH Manila tahun 2018. Buku beliau Automate The Boring Stuff With Python juga berguna untuk mendapatkan idea perkara yang boleh kita bina dengan Python.

  • Sertai komuniti "BelajarPythonBot" di Telegram yang dikendalikan oleh Kamal Mustafa dan Amirul

  • Trey Hunner's Python Morsels newsletter Saya berjumpa Trey buat pertama kalinya di PyCon US. Dia menulis newsletter dan juga tips di X mengenai Python. Tulisan Trey mungkin tidak sesuai untuk yang beru mahu berjinak dengan Python, tetapi kalau kita biasakan membaca tulisan Trey kita dapat membiasakan diri dengan bahasa teknikal yang sering digunakan dalam peraturcaraan Python.

Belajar Python Dengan Mendengar

Membiasakan diri dengan mendengar percakapan adalah satu cara efektif untuk kita belajar bahasa baru. Sama juga dengan bahasa pengaturcaraan seperti Python. Kemungkinan kita tidak akan dapat memahami semua ertikata dalam perbualan tersebut tetapi membiasakan diri dengan ritma dan cara bahasa pengaturcaraan itu diceritakan akan menolong kita lebih cepat untuk memahami konsep-konsep yang kita belajar semasa mencuba bahasa tersebut.

  • Talk Python To Me oleh Mike Kennedy. Pertama kali saya bertermu Mike adalah di PyCon PH di Manila tahun 2024. Podcast beliau mempertengahkan mereka yang berkerja dengan Python dan memperkenalkan cara-cara yang menarik bagaimana Python digunakan.

Belajar Python Bersama-Sama

Langkah setersunya ialah untuk anda memotivasikan diri untuk terus belajar.

Selepas membiasakan diri dengan cara penulisan dan terma-terma teknikal Python, berjumpa dengan orang lain boleh memberikan anda motivasi dan mengurangkan kebarangkalian anda putus-asa selepas beberapa bulan.

Kommuniti Python mengalualukan penglibatan orang yang baru belajar seperti anda. Cari kumpulan terdekat dan libatkan diri.

  • Meetups: Ahli-ahli komuniti kadang-kadang berjumpa dan belajar bersama. Walaupun di Malaysia tidak banyak kumpulan pengguna Python, masih ada komuniti yang berkaitan.
  • PyCons: Persidangan Python, dikenali sebagai PyCons, diadakan di peringkat negara seperti PyCon MY (Malaysia), dan secara serantau seperti EuroPython untuk Eropah dan PyCon APAC untuk Asia-Pasifik.
  • Kumpulan khusus, seperti PyLadies yang dipimpin dan khas untuk wanita yang berkecimpung dalam pengaturcaraan Python atau PyData yang memberikan ruang selamat untuk kumpulan minoriti di dalam komuniti kita untuk belajar bersama.

Meetups biasanya percuma, tetapi PyCons biasanya mengenakan yuran penyertaan. Walau bagaimanapun, PyCons berusaha untuk mengekalkan harga tiket yang berpatutan atau mereka tidak boleh dipanggil PyCon. Kebanyakan juga menawarkan geran perjalanan dan tiket percuma melalui tajaan.

Selamat Berkoding

Memperlajari Python di Malaysia adalah mudah disebabkan oleh banyak sumber percuma dan komuniti yang menyokong. Dengan memanfaatkan bahan seperti buku-buku Al Sweigart dan buletin Trey Hunner, anda boleh mula belajar tanpa membelanjakan wang. Melibatkan diri dengan komuniti melalui meetup dan PyCon bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman pembelajaran anda tetapi juga memberikan motivasi dan sokongan diri.

Penggunaan Python yang meluas di perlbagai industri menjadikan kemahiran menggunakannya sangat berharga. Pembelajaran konsisten adalah kunci ketika mempelajari Python atau apa-apa pun yang baru. Menghabiskan sejam sehari selama sebulan adalah lebih efektif daripada 10 jam dalam tiga hari. Raikan kemajuan dan nikmati perjalanan pembelajaran anda.

Selamat berkoding, dan semoga perjalanan Python anda berjaya!

P.S: Terima kasih kepada Swee Meng dan Kamal kerana menolong membaca pruf unuk post ini.

Directory: 2024 Tagged: python newbie pembelajaran my

Translations: en