Menerima Anugerah Perkhidmatan Komuniti PSF 2024 Q4
2025-06-08
Translations: en jaPada 16 November 2024, saya menerima e-mel daripada Deb Nicholson, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Perisian Python (PSF), dengan tajuk: "You're a Community Service Award Winner!"
Nampaknya pada 13 November 2024, lembaga PSF meluluskan resolusi untuk mengagihkan anugerah kepada saya:
RESOLVED, that the Python Software Foundation award the 2024 Q4 Community Service Award to Iqbal Abdullah for contributions to the Python community in the Asia-Pacific region, including PyCon Malaysia, PyCon APAC, and PyCon Japan, as well as contributions to multiple PSF workgroups.
Ini adalah kejutan yang menyenangkan pada pagi musim luruh yang sejuk itu. Saya berasa gembira dan bangga bahawa rakan-rakan saya mencalonkan saya, dan sumbangan kita selama ini diiktiraf. Sayangnya, saya tidak dapat hadir ke PyCon US 2025 di Pittsburgh untuk menerima anugerah secara peribadi.
Anugerah itu diterima di oleh Freilla Espinola semasa PyCon US, dan Terada Manabu membawanya kembali ke Tokyo.
Iqbal menerima anugerah Perkhidmatan Komuniti PSF daripada rakan-rakannya dari Persatuan PyCon JP
Walaupun sayangnya, saya tidak dapat bertemu dengan penerima, kawan-kawan yang lain dan menerima anugerah secara terus semasa PyCon US kali ini, ia amat bermakna untuk menerima anugerah ini daripada mereka yang bersama saya dari awal lagi semasa kami memulakan kerja komuniti Python di Tokyo. Orang-orang di atas di dalam gamabar juga adalah penerima sebelum ini bagi anugerah yang sama.
Terus terang, melihat kepada mereka yang telah menerima anugerah ini sebelum saya, saya tidak fikir saya layak. Saya tidak rasa bahawa apa-apa yang telah saya lakukan dalam komuniti itu mempunyai kesan ataupun satu perkara yang amat susah seperti apa yang mereka telah lakukan. Saya juga tidak boleh melakukannya sendirian dan ramai orang bersama saya menolong.
Pada masa yang sama, sebelum ini beberapa rakan yang juga telah menerima anugerah atau pengiktirafan pernah meluahakan perasaan mereka kepada saya secara peribadai bahawa mereka juga rasakan yang mereka tidak layak kerana mereka percaya kerja mereka tidak cukup penting. Pada masa itu, saya tidak berapa memahami perasaan mereka sebab saya rasa mereka melakukan kerja yang baik dan patutnya layak diberi penghormatan. Jadi saya biasanya hanya berkata sesuatu seperti ini kepada mereka:
"Yang hebat tentang perkara ini ialah ia bukan untuk anda menentukan. Kita (komuniti) yang putuskan, jadi jangan risau sangat. Terima sahaja."
Sekarang saya rasa saya memahami perasaan mereka. Jadi dengan perasaan terima kasih saya akan terima anugerah ini dengan hati terbuka. Ia adalah satu penghormatan.
Calonkan Rakan anda!
Terdapat lebih kurang 10.1 juta pembangun Python di seluruh dunia. Kira-kira 22% daripada mereka berada di Eropah, manakala 16% lain berada di Amerika Syarikat. China, India dan Jepun bersama-sama mempunyai jumlah 52%. Hampir 19% dari semua pembangun Python adalah wanita.1 Saya membuat anggaran daripada data yang ada, tetapi ia cukup untuk kita buat pertimbangan.
Sejak anugerah ini diperkenalkan pada Mac 2008, sejumlah 127 orang telah menerimanya. Saya adalah orang keenam di Jepun, orang pertama dari Malaysia, dan orang ke-10 dalam rantau Asia Tenggara, Pasifik Timur, dan Selatan Asia untuk menerima anugerah itu.
Pada Disember 2021, lima orang yang mewakili Persatuan PyCon JP menerima anugerah kerana usaha mereka mengumpul dana bagi PSF. Sebelum itu, pada Disember 2020, Georgi Kerr telah menerima anugerah untuk sumbangannya kepada PyLadies, D&I, PyCon TH dan PyCon APAC. Pada September 2018, Mariatta, yang bermaustatin di Kanada tetapi berasal dari Indonesia, telah menerima anugerah kerana sumbangannya kepada CPython dan usaha kepelbagaian dalam komuniti. Sebelum Mariatta, anugerah itu diberikan kepada Kenneth Gonsalves dari India pada Oktober 2012 selepas kematiannya untuk menghargai sumbangannya kepada komuniti Python di India, dan orang pertama menerima anugerah tersebut dalam rantau kita adalah Noufal Ibrahim (juga India) pada Oktober 2009 untuk usaha membangunkan PyCon India.
Dari sepuluh orang yang telah menerima anugerah dalam rantau kita ini, dua daripadanya wanita dan selebihnya lelaki.
Jumlah kita begitu ramai. Saya pasti anda pembaca juga mengetahui mereka di sekeliling anda yang melakukan atau sedang melakukan kerja hebat tetapi tidak dikenali atau diiktiraf. Jadi calonkanlah mereka!
Directory: 2025 Tagged: python asia pycon csa award
Translations: en ja